Posted by: AINI | December 6, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4 Mini KT

Berdasarkan kursus Psikologi Pendidikan/ Kaedah Mengajar/ Penaksiran Pembelajaran:
Teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah dalam kajian yang dirangka adalah:

KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF (COOPERATIVE LEARNING)

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.

 Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:

  1. Saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan kumpulan
  2. Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini
  3. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir
  4. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.  Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table)
  5. Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme

KAEDAH PENDEKATAN BERASASKAN MASALAH (PROBLEM BASED LEARNING) 

Kaedah pendekatan berasaskan masalah (PBL) adalah satu konsep P&P yang menambahbaik kemahiran multidisiplin berdasarkan pendekatan terancang dalam penyelesaian masalah. Ia adalah satu kaedah pembelajaran mendidik pelajar untuk menyelesaikan masalah dan dalam masa yang sama membolehkan mereka menguasai kemahiran asas.

 Fungsi PBL:

  • Masalah digunakan untuk merangsang perasaan ingin tahu dan minat terhadap tajuk yang diberi
  • Dapat mengintegrasi pengetahuan dan kemahiran berdasarkan modul pelbagai disipin
  • Untuk mendapatkan pengetahuan secara pembelajaran kendiri
  • Untuk mendidik pelajar bekerja dan menyesuaikan diri dalam kerja kumpulan
  • Untuk memperbaiki dan membina kemahiran berkomunikasi pelajar
  • Untuk membina keupayaan menyelesaikan masalah pelajar
  • Untuk menggalakan motivasi kendiri, rasa ingin tahu dan berfikir

 Ciri-ciri PBL:

  • Berpusatkan pelajar
  • Menyelesaikan masalah sebagaimana berlaku di dunia sebenar
  • Guru berperanan sebagai tutor atau fasilitator
  • Menekankan konsep kerjasama
  • Memberi tumpuan kepada metakognitif
  • Menggunakan penilaian alternatif

TEORI KONSTRUKTIVIME

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, muridakan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

Ciri- ciri teori konstruktivisme:

  • Menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran
  • Menggalakkan muridbertanya dan berdialog dengan murid dan guru
  • Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea
  • Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid
  • Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran
  • Menyokong pembelajaran secara koperatif
  • Menggalakkan  proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen
  • Menggalakkan dan menerima daya usaha danautonomi murid
  • Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: