Posted by: AINI | December 6, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4 Mini KT

Berdasarkan kursus Psikologi Pendidikan/ Kaedah Mengajar/ Penaksiran Pembelajaran:
Teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah dalam kajian yang dirangka adalah:

KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF (COOPERATIVE LEARNING)

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.

 Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:

  1. Saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan kumpulan
  2. Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini
  3. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir
  4. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.  Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table)
  5. Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme

KAEDAH PENDEKATAN BERASASKAN MASALAH (PROBLEM BASED LEARNING) 

Kaedah pendekatan berasaskan masalah (PBL) adalah satu konsep P&P yang menambahbaik kemahiran multidisiplin berdasarkan pendekatan terancang dalam penyelesaian masalah. Ia adalah satu kaedah pembelajaran mendidik pelajar untuk menyelesaikan masalah dan dalam masa yang sama membolehkan mereka menguasai kemahiran asas.

 Fungsi PBL:

  • Masalah digunakan untuk merangsang perasaan ingin tahu dan minat terhadap tajuk yang diberi
  • Dapat mengintegrasi pengetahuan dan kemahiran berdasarkan modul pelbagai disipin
  • Untuk mendapatkan pengetahuan secara pembelajaran kendiri
  • Untuk mendidik pelajar bekerja dan menyesuaikan diri dalam kerja kumpulan
  • Untuk memperbaiki dan membina kemahiran berkomunikasi pelajar
  • Untuk membina keupayaan menyelesaikan masalah pelajar
  • Untuk menggalakan motivasi kendiri, rasa ingin tahu dan berfikir

 Ciri-ciri PBL:

  • Berpusatkan pelajar
  • Menyelesaikan masalah sebagaimana berlaku di dunia sebenar
  • Guru berperanan sebagai tutor atau fasilitator
  • Menekankan konsep kerjasama
  • Memberi tumpuan kepada metakognitif
  • Menggunakan penilaian alternatif

TEORI KONSTRUKTIVIME

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, muridakan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

Ciri- ciri teori konstruktivisme:

  • Menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran
  • Menggalakkan muridbertanya dan berdialog dengan murid dan guru
  • Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea
  • Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid
  • Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran
  • Menyokong pembelajaran secara koperatif
  • Menggalakkan  proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen
  • Menggalakkan dan menerima daya usaha danautonomi murid
  • Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar
Posted by: AINI | December 4, 2009

Aktiviti 12: Tugasan 3 Pemurnian

Soalan: Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan penyataan masalah, tujuan dan objektif kajian.

KIT PEMBELAJARAN DAN SLAID POWERPOINT DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

Tujuan/ Matlamat:

Bagi menarik minat dan penglibatan para pelajar dalam subjek Perdagangan dan Sains

Objektif Kajian:

1. Meneroka bagaimana penggunaan kit pembelajaran dan slaid powerpoint dapat menarik minat pelajar.
2. Menilai sejauhmana penggunaan kit pembelajaran dan slaid powerpoint dapat meningkatkan penglibatan pelajar.

Penyataan Masalah:

Berdasarkan analisis SWOT yang telah dilakukan, didapati pelajar mudah bosan apabila guru hanya bertumpu kepada kaedah berpusatkan guru (teacher centered learning) bagi subjek Perdagangan dan Sains. Guru juga terlalu bergantung kepada penggunaan buku teks semata-mata menyebabkan pelajar tidak fokus dalam subjek tersebut.

Posted by: AINI | December 3, 2009

Aktiviti 11: Tugasan 2 Jurnal

Soalan: Berdasarkan 3 buah jurnal, apakah penyataan masalah dan bagaimanakah mereka melapor penyataan masalah.

Posted by: AINI | December 2, 2009

Aktiviti 10: Mengenalpasti Masalah Kajian Tindakan

Buku: TEACHERS INVESTIGATE THEIR WORK: An introduction to the methods of action research

Berdasarkan kepada Marion Dadds (1985), permulaan bagi setiap kajian :

  • Keprihatinan –  contohnya cuba untuk menjalankan sesuatu idea yang berpotensi, membangunkan kekuatan, atau mampu menerima sesuatu rutin dengan lebih berwaspada
  • Permasalahan – contohnya perlu meningkatkan situasi yg sukar, penyelesaian masalah, membuat sesuatu utk memeperbaiki kekurangan, ( dalam erti kata, kualiti bahan2 pengajaran)

Bagi mengenalpasti masalah kajian, penyelidik perlu mengetahui terlebih dahulu kepentingan sesuatu perkara itu. Biasanya, untuk mengenalpasti masalah, sumbangsaran perlu dilakukan dimana penyelidik  memikirkan pengalaman sebagai seorang guru samada ada atau tidak masalah-masalah yang dihadapi yang dirasakan perlu dikaji untuk merubahnya. Penyelidik juga perlu melihat samada ada atau tidak keadaan atau situasi yang menyebabkan kesukaran yang mana penyelidik mahu memperbaikinya.

Posted by: AINI | November 21, 2009

Aktiviti 9: Matlamat, Objektif dan Soalan Kajian

KIT PEMBELAJARAN DAN SLAID POWERPOINT DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

Matlamat kajian tindakan yang hendak dilakukan oleh kami adalah untuk menarik minat dan penglibatan pelajar dalam  proses P&P.

Objektif Kajian

  1. Meneroka bagaimana penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat menarik minat pelajar.
  2. Menilai sejauhmana penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat meningkatkan penglibatan pelajar.

Soalan Kajian

  1. Bagaimana penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat menarik minat pelajar?
  2. Adakah penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point dapat meningkatkan penglibatan pelajar?

 

Rujukan Literature Review:

  1. Mengkaji Minat Dan Sikap Serta Cara-Cara Meningkatkan Minat Murid-Murid Terhadap Pembelajaran Sains Di Sekolah Kebangsaan Bandaran No 3 Sibu. Oleh Stanley Laja Anak Jimbau (2009).
  2. Prestasi Matapelajaran Perdagangan SPM Dan Pencapaiannya Di Johor. Oleh Mohd Saim Bin Selamat (2007).
  3. Kesediaan Guru-Guru Perdagangan Di Wilayah Persekutuan Dari Aspek Pengetahuan Kaedah Pengajaran Dan Sikap Terhadap Pengajaran Subjek Pengajian Keusahawanan. Oleh Nor Aishah Buang & Yap Poh Moi (2002).
Posted by: AINI | November 21, 2009

Aktiviti 8: Cadangan Mengatasi Kelemahan

CADANGAN MENGATASI KELEMAHAN PENGAJARAN SUBJEK

Secara individu

 Subjek Perdagangan

Noraini

  1. Guru perlu memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu topik terlebih dahulu sebelum beralih kepada topik yang lain supaya pelajar tidak ketinggalan terlalu jauh apabila semakin banyak topik diajar.
  2. Guru perlu memperbanyakkan aktiviti berkumpulan supaya pelajar lebih banyak terlibat dalam proses P&P.
  3. Setiap latihan yang diberi perlulah disemak oleh guru ataupun guru membuat perbincangan dengan pelajar dimana pelajar akan bertukar-tukar kertas soalan latihan dan guru memberikan jawapan jadi pelajar dapat mengenalpasti kesilapan mereka dan boleh memperbetulkannya.

Liyana

  1. Guru harus mencampurkan penggunaan buku teks dengan buku-buku lain atau dengan keratan akhbar, rencana dan majalah agar pelajar didedahkan dengan isu semasa.
  2. Guru harus memperbanyakkan aktiviti luar kelas agar pelajar lebih memahami topik serta dapat melihat perkaitan aktiviti tersebut dengan topik yang diajar.
  3. Aktiviti secara berkumpulan perlu diadakan bagi mewujudkan kerjasama antara mereka.

Subjek Sains

Norliah

  1. Guru perlu kreatif dalam proses pengajaran untuk menarik minat dan penglibatan murid. Contonhnya dengan mempelbagaikan ABM.
  2. Teori jangan terlalu panjang dan guru perlu melebihkan kepada praktikal supaya pelajar lebih nampak.
  3. Guru perlu memberi soalan susulan untuk menilai sejauhmanakah kefahaman pelajar.
  4. Guru perlu meminta pelajar untuk membuat kesimpulan dariapada eksperimen yang telah dijalankan agar pelajar lebih memahami tujuan serta dapatan atau keputusan daripada eksperimen tersebut.

Kumpulan

  1. Guru perlu mempelbagaikan ABM dan juga kaedah atau pendekatan yang hendak digunakan serta menjadi lebih kreatif dalam proses P&P. Sebagai contohnya, penggunaan keratan akhbar, majalah dan rencana.
  2. Guru perlu membuat aktiviti secara berkumpulan agar pelajar lebih melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilakukan.
  3. Teori yang panjang harus diringkaskan tetapi ia mestilah tepat dan padat.

Pengalaman dari pasukan lain

Subjek Perdagangan:

  1. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti BBM supaya pelajar dapat melibatkan diri dalam P&P.
  2. Guru perlu mencari sumber maklumat selain daripada buku teks dan buku rujukan.

Literature Review

Subjek Perdagangan:

  1. Guru haruslah mempelbagaikan kaedah dalam proses P&P untuk meningkatkan pencapaian matapelajaran ini (Saim Selamat, 2007).

Subjek Sains:

  1. Guru haruslah menggunakan makmal untuk proses P&P bagi menggantikan bilik darjah.
  2. Guru haruslah menggunakan pendekatan koperatif dalam pengajaran Sains supaya pelajar boleh saling membantu dan berbincang.
  3. Guru perlu sentiasa membuat amali kepada pelajar kerana amali sains sangat penting dalam pembelajaran Sains.
  4. Guru perlu mempelbagaikan BBM.
Posted by: AINI | November 21, 2009

Aktiviti 7: Kelemahan Pengajaran

KELEMAHAN PENGAJARAN SUBJEK BERDASARKAN PENGALAMAN/REFLEKSI
Secara individu

Subjek Perdagangan:

Noraini

  1. Guru lebih banyak menumpukan perhatian untuk menghabiskan topik pengajaran supaya pelajar bersedia menghadapi peperiksaan.
  2. Guru lebih memfokuskan kepada ‘teacher centered learning’ berbanding ‘student centered learning’.
  3. Latihan yang diberikan oleh guru jarang disemak jadi pelajar tidak mengetahui kesalahan mereka.

Liyana

  1. Guru kadangkala terlalu bergantung sepenuhnya kepada buku teks.
  2. Guru hanya mengadakan proses P&P di dalam kelas sahaja. Pelajar tidak dibawa untuk membuat aktiviti diluar kelas. Sebagai contohnya adalah lawatan sambil belajar.
  3. Guru tidak menyuruh pelajar membuat tugasan berkumpulan agar proses P&P lebih menarik.

Subjek Sains:

Norliah

  1. Pelajar mudah bosan apabila guru mengajar sesuatu topik yang mempunyai teori yang terlalu panjang.
  2. Guru kurang kreatif dalam menarik minat pelajar untuk belajar.
  3. Guru hanya menyuruh pelajar menyalin kembali kesimpulan daripada eksperimen yang telah dibuat.
  4. Guru selalu bertanya kepada pelajar samada pelajar faham atau tidak topik yang diajar tetapi tidak memberi soalan susulan untuk menguji sejauhmanakah kefahaman pelajar.

Kumpulan

  1. Guru lebih bertumpu untuk menghabiskan silibus pelajaran bagi menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan.
  2. Pelajar tidak dibawa untuk melakukan penerokaan di luar kelas.
  3. Kurangnya aktiviti berkumpulan membuatkan pelajar mudah bosan dan lebih bersifat individualistik.
  4. Guru terlalu bergantung kepada buku teks sekolah berbanding buku-buku tambahan yang lain.
  5. Kefahaman pelajar tidak diuji secara betul dimana tiada pengukuran dibuat untuk mengujinya.

Pengalaman dari pasukan lain

Subjek Perdagangan:

  1. Guru memberikan kuliah semata-mata. Tiada aktiviti ataupun BBM yang menarik digunakan.
  2. Guru hanya menggunakan buku teks serta buku rujukan untuk pengajarannya.

 Subjek Sains:

  1. Berdasarkan pengalaman, kaedah pengajaran sains yang diajar oleh guru kebanyakkannya tidak sesuai dengan objektif pengajaran. Hal ini kerana guru perlu lebih menggunakan lebih banyak eksperimen dalam makmal berbanding dengan pengajaran di dalam kelas.

Literature Review

Subjek Perdagangan:

  1. Guru berpendapat kandungan mata pelajaran ini terlalu banyak yang hendak disampaikan maka guru terpaksa mengajar dengan cara sendiri untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menyebabkan pelajar hilang minat untuk belajar, timbul rasa bosan dan mengantuk apabla masa kelas Perdagangan (Saim Selamat, 2007).
  2. Guru mengambil jalan mudah dengan hanya menggunakan buku teks sahaja tanpa alat bantu mengajar sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran. Pelajar diarah menjawab latihan dan yang terdapat di dalam buku teks sahaja (Saim Selamat, 2007).
  3. Pendidikan keusahawanan hendaklah mengambil kira aspek mempelajari kemahiran dan bukan hanya menekankan pembelajaran secara teori sahaja (Nor Aishah Buang & Yap Poh Moi, 2002).

 Subjek Sains:

  1. Kaedah pembelajaran berpusatkan guru menyebabkan pelajar bosan dan tidak berminat dengan subjek ini.
  2. Guru yang garang menyebabkan pelajar tidak berminat dengan subjek ini.
  3. Guru tidak mempelbagaikan BBM menyebabkan pelajar berasa bosan dan kurang minat.
  4. Sesi pengajaran dalam kelas tidak sesuai untuk subjek Sains.
Posted by: AINI | November 21, 2009

Aktiviti 6: Kekuatan Pengajaran

KEKUATAN PENGAJARAN SUBJEK BERDASARKAN PENGALAMAN/REFLEKSI

 Secara individu

Subjek Perdagangan:

Noraini

  1. Guru menerangkan sesuatu topik dengan memberikan banyak contoh seperti menunjukkan salinan asal dokumen-dokumen perniagaan dan memberikan beberapa jenis perniagaan yang sedia ada bagi jenis milikan perniagaan. 
  2. Guru memberikan nota sepenuhnya kepada pelajar.
  3. Guru memberikan banyak latihan di mana apabila habis sesuatu topik diajar contoh sistem barter, guru akan mengadakan kuiz kepada pelajar.

Liyana

  1. Guru memberikan kuliah subjek ini kepada pelajar beserta dengan contoh yang menarik.
  2. Guru memfokuskan topik-topik yang popular untuk persediaan pelajar menghadapi SPM.
  3. Guru memberikan pelajar latihan yang cukup bagi setiap topik yang telah diajar.

 Subjek Sains:

 Norliah

  1. Guru banyak mengaitkan sesuatu proses dalam subjek Sains dengan seharian agar pelajar lebih memahami. Sebagai contohnya adalah proses fotosintesis.
  2. Guru banyak menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) untuk memudahkan murid memahami sesuatu topik. Contohnya penggunaan radas makmal.
  3. Guru biasanya mengajar teori dahulu kemudian mengajar praktikal supaya pelajar mudah faham.
  4. Guru banyak melakukan aktiviti luar kelas berbanding dalam kelas.

Kumpulan

  1. Penerangan guru terhadap sesuatu topik adalah jelas beserta contoh yang menarik.
  2. Guru memberikan latihan yang secukupnya selepas habis sesuatu topik.
  3. Penggunaan ABM membantu guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih teratur.
  4. Eksperimen yang dilakukan oleh guru membantu pelajar memahami subjek Sains.
  5. Guru mengaitkan topik dalam pengajaran dengan kehidupan seharian.

 Pengalaman dari pasukan lain

 Subjek Perdagangan:

  1. Guru mempunyai intonasi suara yang mampu menarik perhatian pelajar.
  2. Guru memberikan pelajar maklumat asas serta tambahan yang cukup bagi memantapkan pengetahuan pelajar.

 Literature review

Subjek Perdagangan:

  1. Good (1983) dalam kajiannya mendapati bahawa guru-guru yang sentiasa bersemangat tinggi untuk mengajar terdiri daripada mereka yang selalu menggunakan pelbagai pendekatan yang relevan apabila mengajar di dalam bilik darjah.

Subjek Sains:

  1. Pelajar lebih aktif apabila guru menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar dan pembelajaran secara koperatif.
  2. Pengajaran diluar kelas menarik minat pelajar dalam subjek Sains.
  3. Penggunaan power point dan gambar membantu meningkatkan kefahaman pelajar.
  4. Guru yang kreatif mampu meningkatkan minat pelajar.

MENGAPA GURU (PELATIH/NOVIS/BERPENGALAMAN) PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN

Guru pelatih, guru novis dan guru berpengalaman:

  • Dapat mengetahui sejauhmana pendekatan yang diambil sebelum kajian dijalankan adalah berkesan bagi para pelajar.
  • Dapat mengetahui teknik atau kaedah yang terbaik bagi diaplikasikan semasa proses P&P di dalam kelas.
  • Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan
  • Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif
  • Supaya dapat menguasai konsep dan ketrampilan dalam maatpelajaran pengkhususan.
  • Dapat memahami skop, struktur dan keseimbangan kurikulum keseluruhannya.
  • Guru novis boleh menentukan sasaran yang jelas tentang pembelajaran murid.
  • Guru novis boleh mewujud dan mengekalkan suasana kerja yang berfaedah dan bermatlamat.
  • Guru novis boleh menentukan sasaran yang jelas tentang pembelajaran murid.
  • Memperbaiki mutu pengajaran guru.
  • Galakkan guru memikirkan dengan mendalam atau merefleksi tentang pengajaran mereka.
  • Melibatkan pengumpulan data dan pentaksiran data untuk memahami dengan mendalam aspek-aspek tertentu dalam pengajaran.
  • Bertumpu kepada penyelidik/guru melihat diri sendiri dan mencari jalan memperbaiki pengajaran mereka
  • Melibatkan kolaboratif dengan guru-guru lain.
  • Mencari kaedah terbaik untuk meningkatkan minat dan kefahaman pelajar dalam proses P&P
  • Meningkatkan personal dan profesion perguruan.
  • Supaya proses P&P sentiasa diperbaharui dimana jika digunakan teknik atau kaedah yang sama bagi tempoh yang lama dalam P&P boleh menghilangkan minat pelajar.
  • Guru sentiasa mengkaji kelemahan-kelemaahan dalan proses P&P dan memperbaikinya.
  • Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan.
  • Dapat menyediakan pensyarah sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.
  • Guru memperoleh kemahiran yang mantap dan memiliki kesedaran untuk melaksanakan P&P yang diamalkan.
  • Meningkatkan kemahiran guru dalam pencarian maklumat bagi tujuan melengkapkan kajian.
  • Dapat memberitahu 1 amalan dengan mengembangkan idea baru.

Mengapa memilih tajuk ‘KIT PEMBELAJARAN DAN SLAID POWERPOINT DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)’

Dilihat dari sudut kepentingan penggunaan kedua-dua kaedah tersebut iaitu:

Secara umumnya, penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point mampu membudayakan ict di kalangan pelajar dan juga guru di mana selaras dengan perkembangan teknologi di negara kita. Selain dari itu, kepentingan kit pembelajaran dan slaid power point  ialah:

Kepentingan slaid power point:

Guru dapat meringkaskan nota dengan padat dalam slaid

  • Ini bermakna, hanya nota-nota yang penting dan padat dimasukkan dalam slaid dan kemudian akan diterangkan oleh guru. Ini juga akan menjimatkan masa guru mengajar di mana isi kandungan pengajaran telah disediakan dalam slaid awal-awal lagi berbanding hanya menulis nota di white board yang memakan masa.
  • Penggunaan slaid yang menarik mampu menarik minat dan tumpuan pelajar kepada proses P&P contohnya penggunaan teknik CASPER dalam slaid power point.

C-Contrast
Iaitu contast yang jelas antara warna, imej dan font

A-Alignment
Susunan yang sejajar antara teks dan imej

S-Simplicity
Permudahkan persembahan

P-Proximity
Jarak antara teks dan juga grafik yang bersesuaian

E-Emphasis
Adakan 1 item yang utama untuk diberi penumpuan

R-Repetition
Gunakan ulangan warna, huruf dan imej di mana yang diperlukan

Kit Pembelajaran:

  • Pelajar yang belajar dan  berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi. 
  • Menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu   konsep.
  • Menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar.
  • Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal.
  • Memberi pengalaman sebenar yang boleh meransangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar.
  • Membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata.
  • Menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.
Posted by: AINI | November 13, 2009

Aktiviti 4: Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Pemilihan tajuk :
KIT PEMBELAJARAN DAN SLAID POWERPOINT DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

Dilihat dari sudut kepentingan penggunaan kedua-dua kaedah tersebut iaitu:

Secara umumnya, penggunaan kit pembelajaran dan slaid power point mampu membudayakan ict di kalangan pelajar dan juga guru di mana selaras dengan perkembangan teknologi di negara kita. Selain dari itu, kepentingan kit pembelajaran dan slaid power point  ialah:

Kepentingan slaid power point:

Guru dapat meringkaskan nota dengan padat dalam slaid

  • Ini bermakna, hanya nota-nota yang penting dan padat dimasukkan dalam slaid dan kemudian akan diterangkan oleh guru. Ini juga akan menjimatkan masa guru mengajar di mana isi kandungan pengajaran telah disediakan dalam slaid awal-awal lagi berbanding hanya menulis nota di white board yang memakan masa.
  • Penggunaan slaid yang menarik mampu menarik minat dan tumpuan pelajar kepada proses P&P contohnya penggunaan teknik CASPER dalam slaid power point.

C-Contrast
Iaitu contast yang jelas antara warna, imej dan font

A-Alignment
Susunan yang sejajar antara teks dan imej

S-Simplicity
Permudahkan persembahan

P-Proximity
Jarak antara teks dan juga grafik yang bersesuaian

E-Emphasis
Adakan 1 item yang utama untuk diberi penumpuan

R-Repetition
Gunakan ulangan warna, huruf dan imej di mana yang diperlukan

Kit Pembelajaran:

  • Pelajar yang belajar dan  berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi. 
  • Menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu   konsep.
  • Menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar.
  • Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal.
  • Memberi pengalaman sebenar yang boleh meransangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar.
  • Membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata.
  • Menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

Peserta kajian dalam mini kajian tindakan ini adalah pelajar tingkatan 4 Alfa seramai 22 orang (bagi subjek Perdagangan) dan tingkatan 4 Coklat seramai 18 orang (bagi subjek Sains) dan setting kajian adalah bertempat di bilik darjah.

Older Posts »

Categories